Sunday, August 21, 2011

Tips Mengemas Rumah Untuk Raya

Masa untuk mengemas rumah untuk Hari Raya makin suntuk.. weekend ni lah nak kemas rumah sebab kalau weekdays tu agak payah cikit.. sebenarnya nak kemas rumah ni boleh siap sekejap jer.. cuma, nak dapat mood tu yang susah.. hehe.. tapi kalau ikut beberapa tips mengemas rumah untuk raya ni mungkin tugas mengemas tu lebih mudah..  

Tips Mengemas Rumah Untuk Raya


Tahun ni persiapan raya lebih meriah cikit dari tahun lepas.. sebabnya tahun lepas baru sebulan lebih kahwin dah nak raya.. penat untuk majlis kahwin pun x habis lagi.. then banyak jugak persiapan rumah yang belum lengkap.. makanya tahun ni rumah kena kemas lebih la kan..kata dah setahun kahwin, x kan sama jer dengan raya masa baru berkahwin kan.. huhuhu.. 

So jom kita baca 3 tips ringkas mengemas rumah untuk raya :

Bijak membahagikan kerja dalam satu masa.

Tips ini mesti diamalkan jika kita nak cepat mengemas rumah. Sambil kita menyapu lantai, kita juga boleh membasuh baju. Sambil tunggu baju kita dibasuh oleh mesin baju, kita boleh buat kerja lain seperti menyapu, basuh bilik air dan sebagainya. Janganlah tunggu 1 perkara selesai baru nak buat perkara lain kan.. kena bijak gunakan masa yang ada..
  
Dari atas ke bawah

Lakukan proses mengemas dari bahagian atas dulu seperti buang sawang-sawan di dinding dan siling, habuk yang melekat di kipas siling dan sebagainya. Jika rumah 2 tingkat, kita dinasihatkan untuk bermula mengemas dari bahagian atas kemudian ke bawah. Ini untuk mengelakkan kita membuat kerja yang sama berulang kali. 

Gunakan bantuan mesin

Zaman moden yang canggih sekarang begitu banyak mesin atau gajet yang ada ditawarkan di pasaran. Seharusnya penggunaan mesin atau gajet dalam tugas membersihkan rumah harus digunakan sepenuhnya untuk membantu meringankan dan mempercepatkan tugasan di rumah. Kita boleh guna penyedut hampagas atau vakum. Kerja kita menjadi lebih mudah untuk membersihkan habuk berbanding jika anda menggunakan cara tradisi iaitu penyapu.
  
Selamat mengemas rumah semua :)

~ Zana Adieyza ~

6 comments:

  1. rajinnya kemas umah. akak umah KL tu kemas gitu2 je. bkn nak wat open house pun kan. tggu pindah umah baru je nati. hiihiii :>

    ReplyDelete
  2. bunag kemas cikip2..ehhe..sebab xcuti sblm raya..heiheie

    ReplyDelete
  3. lia tak start kemas rumah lagi.. mood raya tak datang lagi.. heeheee :)

    ReplyDelete
  4. selamat mengemas.. effa tak kemas sangat pun rumah.. sbb takde sape nak datang.. huhu

    ReplyDelete
  5. umah dh siap kemas dah...sbb tu bab yg paling ahkak sukaa...heheee

    ReplyDelete

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..