Friday, August 19, 2011

Balik Beraya - Rumah Mertua atau Rumah Keluarga Sendiri

Pagi ni aku nak ajak korang bercerita tentang isu nak balik beraya di kampung untuk pasangan yang telah berkahwin.. isu ni dari dulu lagi memang popular menjelang hari raya.. kadang2 sebelum puasa pun ada yang dah berbalah soal balik kampung ni..



Selalunya pasangan yang dah berkahwin akan cuba untuk berlaku adil untuk kedua belah keluarga.. penting untuk jaga hati keluarga & keluarga mertua sebab kalau ada yang tersinggung mungkin akan bawak kepada masalah yang lebih besar..

Syukur Alhamdulillah kerana aku bertemu jodoh dengan orang senegeri.. bertambah bersyukur kerana kampung kami hanya sebelah2.. jarak antara rumah keluarga aku & keluarga encik suami tak sampai 10km.. raya tahun lepas, dalam 1 hari tu kitaorang berulang alik lebih 3 kali dari rumah keluarga ke rumah mertua.. bila ada tetamu di rumah keluarga aku yang nak jumpa kitaorang, kitaorang balik rumah keluarga aku.. tak sampai sejam, mertua call kata ada tetamu nak jumpa kat rumah mertua.. kitaorang patah balik ke rumah mertua.. lebih 3 kali kitaorang ulang alik.. penat dalam kereta jer.. jadinya, mungkin isu balik kampung siapa dulu tak menjadi isu yang terlalu besar bagi kitaorang suami isteri..

Tahun lepas merupakan tahun pertama beraya dengan gelaran isteri.. memandangkan tahun pertama, jadi aku lebih suka untuk beraya di rumah mertua.. setiap orang mempunyai alasan yang berbeza untuk isu ni.. alasan aku untuk beraya di rumah mertua pada tahun pertama bergelar isteri adalah untuk menjaga nama baik dan menghormati suami.. keputusan ni jugak untuk mengelak orang berkata yang aku ni queen control.. maybe sebab aku selalu dengar kalau tahun pertama berkahwin beraya di rumah isteri, isteri tu seolah2 nak jadi queen control.. so untuk elak daripada mendapat status queen control, aku ambik keputusan untuk beraya di rumah mertua..

Lain orang lain alasannya kan.. aku tak kata kalau tahun pertama beraya di rumah isteri tu tak elok, isteri tu queen control, isteri tu tak hormat suami atau sebagainya.. setiap orang ada alasan atas keputusan untuk beraya di rumah keluarga sendiri atau rumah keluarga mertua.. 

Setiap orang jugak ada masalah sendiri yang mungkin membuatkan diaorang ambik keputusan untuk beraya dekat mana.. faktor utama selalunya kerana jarak rumah kedua keluarga yang jauh.. mungkin jugak faktor cuti yang tak lama membuatkan ada yang tak sempat nak balik ke kampung..  ada jugak yang akan beraya lebih lama di rumah keluarga sendiri atau keluarga mertua jika kesihatan ibu bapa atau ibu bapa mertua yang tidak berapa sihat.. so, dalam isu ni hanya pasangan tu sendiri yang tau kenapa diaorang buat keputusan tu..

Yang penting, pasangan tu sendiri kena bijak dalam membuat keputusan.. raya kan sebulan so pandai2lah nak aturkan jadual untuk balik beraya nanti.. hati kedua belah keluarga kenalah jaga.. kena adil dan saksama.. kalau di rumah mertua 3 hari, maka di rumah keluarga sendiri pun mestilah 3 hari.. 

Aku & suami sedaya upaya nak berlaku adil dalam isu ni.. kalau berbuka 2 hari di rumah keluarga aku, maka 2 hari jugak la kitaoranga kan berbuka di rumah mertua.. tapi kalau cuti tu tak cukup untuk berlaku adil, kitaorang akan ganti masa cuti yang akan datangnya.. ye lah, kadang2 cuti 3 hari so mesti ada 1 rumah akan lebih masanya kan.. makanya cuti yang akan datang tu, kitaorang akan ganti masa tu dekat rumah yang tak cukup bersama pada cuti sebelumnya.. aku cakap ni bukanlah bermakna aku ni sempurna sangat, cuma aku bercakap berdasarkan pengalaman aku sendiri.. 

Tahun ni kitaorang akan beraya di rumah keluarga aku dulu.. insyAllah tengahari tu akan balik ke rumah mertua.. sekarang ni kitaorang suami isteri baru nak buat jadual tentang pembahagiaan bercuti.. nak pastikan adil berada di rumah mertua & berada di rumah keluarga aku sendiri.. semoga keputusan ni akan membahagiakan kedua belah keluarga & kami suami isteri..  

Pada sesiapa yang dah berkahwin tu, tahun ni korang beraya kat rumah keluarga sendiri atau rumah keluarga mertua?? ada masalah tak untuk tentukan tentang soal beraya mana dulu??pada yang masih bujang, kalau dah berkahwin korang akan beraya mana dulu nanti??

P/S: Jumpa link pasal isu ni yang mungkin kita boleh jadikan iktibar.. Rancanglah cuti hari raya dengan bijak!!

13 comments:

  1. gilir2 tu perlu .. mcm akak x perlu gilir dah sbb suami anak yatim piatu .. soo ptg2 raya baru balik rumah arwah mak dia yg didiami adik2 dia :(

    ReplyDelete
  2. ouh.

    kalau dapat suami dekat2 memang camtu ar senang je nak raya ke apa. cam best je kan akak ni beraya! tak payah nak pening2..

    camni nak suruh mak carikkan lah orang kampung jugak! hihi

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah xkawen lg jadi xperlu pk sgt hehe

    ReplyDelete
  4. kalau pakat elok2 tak de masalah punyer...

    ReplyDelete
  5. Akak buat pun sistem giliran, 1st year kawen umah akak (ni asben sendiri da tetapkan - so, akak pun lalalala je la)
    Thn lps kat umah mertua. Waa..sedih..jauh tak bleh ulang2 cam Zana tu. Dan rasa lain sgt. Tak berapa nak meriah sbb takde org dtg pun. Mlm web cam ngan mak and anak2 buah - lagi sedih dan mak pun sedih gak (akak anak bongsu)

    Thn ni kembali ke umah akak. Thn dpn harap2 ada anak la utk jadi penghibur hati akak yg lara. Hihi

    ReplyDelete
  6. huhuhu...permasalahan eka baru2 ni.tp dah ketemu jawapan...yg eka sendiri pun terkejut dgn keputusan en somi...hmmmm

    ReplyDelete
  7. isu yang hangat..

    k.nik adalah salah sorg yg perlu berdepan dgn cabaran berebut balik raya, hehe..

    takat ni sistem giliran amat membantu kami dlm membuat keputusan.

    1st year, k.nik akur beraya di rumah suami =)

    ReplyDelete
  8. isu balik kampung mmg boleh jd topik utk bertekak suami isteri. anah gilir2 walaupun umah mentua boleh dikatakan tiap2 weekend balik.tp raya feelnya lain kot. tiba2 jeles ngan org kawin dekat2. waaaaa

    ReplyDelete
  9. he3x...1st raya as husband n wife mmg raya kt kg nor dulu,lps tu gilir2 la...raya puasa n haji klu turn kt kg nor,2-2 raya la kt kg nor,mcm tu jgk sebaliknya...so far,xde mslh lg la...thn nie turn kg husband...=)

    ReplyDelete
  10. xde masalah jgk sbb jarak rumah mcm zana jgk..15 minit je dah smpai..tapi, pagi raya every year umah zaza..bkn queen control ke apa tp suami pun paham kenapa..so, alhamdulillah..xde masalah..selebihnye buat x tahu..huhu

    ReplyDelete
  11. kn kn..nak cari isteri
    macam akak jugak lahh nnti.
    hahahahaha..
    waaaaa..tu lahhh..
    kene wat selang seli kn..
    baru ar tak gado.
    pehh ckp mcm dah kawen lak..
    kui kui kui

    ReplyDelete
  12. hurmm..first time beraya as sumone wife.. suami yang decide nak blik kg saya dulu..bru balik kg dia.. heeee :)

    ReplyDelete

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..