Saling Melengkapi, Saling Memerlukan
Teringat kembali saat mula2 terpaksa berjauhan dengan encik adiey.. walaupun dah nak hampir sebulan kenangan tu, tapi masih tetap utuh dalam ingatan aku..
Masa tu sedaya upaya menahan air mata.. x nak menangis sebab x nak bagi encik adiey risau.. tapi, perempuan kan.. manalah boleh berhadapan dengan situasi sedih.. gerenti air mata tu mengalir tanpa perlu diundang..
Nasib baik masih ada ahli keluarga yang teman aku masa tu.. so, dapat la tumpang bahu diaorang untuk menangis.. hihihi.. tapi sejujurnya, pengalaman tu mengajar aku untuk lebih menghargai kehadiran insan tersayang dalam hidup aku.. bukanlah bermakna sebelum tu aku x hargai diaorang, aku hargai.. tapi bila dah lalui pengalaman ni membuatkan aku semakin hargai kehadiran setiap orang di sekeliling aku terutamanya encik adiey..
Kalau sebelum ni aku rasa banyak betul perkara yang aku anggap remeh.. tapi sekarang ni, nampaknya ada beberapa perubahan positif dalam diri aku.. bukanlah aku nak kata aku ni sempurna sangat tapi bila aku lalui pengalaman berjauhan tu, aku makin sedar yang kadang2 perkara yang remeh tu lah yang membuatkan hubungan kita suami isteri boleh jadi semakin erat atau semakin renggang..
Bila encik adiey x ada, aku rasa bosan.. tiba2 rindu untuk buat semua peranan isteri masa tu.. rindu nak tanya, "sayang nak makan? sayang nak minum? sayang nak apa2 ke?".. serius rindu!!!!
Alhamdulillah.. banyak jugak hikmahnya di atas apa yg berlaku.. menjadikan diri ini berubah ke arah kebaikan demi kebahagiaan dan keredhaan..
Mungkin selama ni aku selalu merasa mudah selesa dengan cara layanan yang diberikan pada suami.. tapi sekarang aku cuba untuk menambahkan keselesaan suami dengan adanya isteri yang sedia berada di sisinya sepanjang masa..
Mungkin sebelum ni aku rasa cukuplah dia ada di depan mata.. tapi sekarang aku nak biarlah dia ada di depan mata & mata kami terus bertentangan dalam melayari bahtera perkahwinan..
Mungkin sebelum ni aku rasa cukuplah ciuman dan pelukan cinta apabila bangun dari tido, sebelum pergi & balik dari kerja,selepas setiap kali solat jemaah dan sebelum tido.. tapi sekarang aku berharap agar biarlah ciuman dan pelukan cinta itu dilakukan selalu tanpa perlu menunggu/mengikut waktu tertentu..
Sesungguhnya perubahan yang baik itu memerlukan hati kita betul2 ikhlas.. perubahan yang baik itu juga melahirkan jiwa yang benar2 tenang.. syukur di atas rasa kebahagiaan itu.. semoga kebahagiaan sentiasa mengiringi kita semua.. insyaAllah..
Nota cinta: suami isteri haruslah saling melengkapi.. saling memerlukan.. saling memahami.. saling belajar dan mengajar ke arah kebaikan.. insyaAllah, perkahwinan akan lebih diberkati Ilahi..
Harap kuatkan semangat utk tempuhinya ye.. :-)
ReplyDeleteBtul2.. Biar kita saling memerlukan :) gmbr full ni kak cyg... Bahaya :p
ReplyDeleteok dear, akak dah crop.. TQ!
DeleteZana, share sikit kenapa gambar full bahaya?
DeleteAin, orang kata kalau gmbr penuh ni senang digunakan utk tujuan yg x baik.. senang utk pihak2 yang x suka dengan kita utk kenakan sebarang ilmu yg x baik utk kita.. try baca link yg zana bg.. maybe leh jadi panduan kita cikit..
Deletehttp://www.ammboi.com/2011/09/13/bahaya-letak-gambar-penuh-dalam-facebook-boleh-jadi-bahan-sihir/
piwitttt~ mmg itu la peranan suami isteri...
ReplyDeletedlm perkahwinan ni.. harus la saling lengkap dan memerlukan each others
moga kalian diberikan rezeki yg melimpah ruah, Amin....
tiap kali bc entri kak zana,ain rase mcm nak kawen je tau...hihi..
ReplyDeletesalam zana..betul tu,suami isteri ni mmg saling lengkap melengkapi.Klu suami tiada disisi mmg rindu sgtttt.Semoga kebahgiaan iru milik zana & HB.Aminnnn
ReplyDeletepstt**sbb tu k.atie xbape nk interprem gambar kat blog/FB...bahaya!
uuuuuuu...tak sanggup nk berjauhan dg nhubby >_<
ReplyDeletesalam..
ReplyDeletesemoga bunga-bunga cinta bahagia itu akan terus melawati kehidupan anda ;)
wahh zana sweet couple of the year... sgt2 comel.. semoga kalian terus bahagia hingga ke syurga amin
ReplyDeleteteharu plak baca entry ni...sbb incik suamo jauhh...camnen k peluk2 cium2...huhuh
ReplyDeletesweet bangat!!..sama la..padahal hubby xde satu malam jer..hehe..
ReplyDeleteeven satu malam pun terasa sgt sbb dh biasa hari2 ade ngan kite..
mmg boring kalau die xde..memahami sgt!!!..;D
itulah yg sepattnya berlaku antara suami dan isterikan.. mmg suami dan isteri itu untuk slg melengkapi kehidupan kita.
ReplyDeleteso suwitttt kiter suka baca ngeeee
ReplyDeletealahai...xpe..yg penting ada peningkatan diri..bila zana tulis camni kan..tb2 terasa, eh betol jugak..selama ni main amek mudah je kperluan en. boo boo sy tu..
ReplyDelete*insafidiri*