Monday, June 18, 2012

Tips Apabila Selsema dan Hidung Tersumbat

Dah nak masuk seminggu selsema.. ubat klinik dah habis.. pergi pulak farmasi.. tapi masih sama.. bila dah selsema teruk, hidung mesti tersumbat.. memang payah nak tido bila hidung tersumbat.. 


Aku memang kalau kena selsema, susah sangat nak elok.. dulu pernah sampai dekat sebulan selsema.. sampai 3 kali pergi klinik since selsema x elok2.. macam2 ubat doktor bagi.. last2 bila semua ubat dah habis, dia elok sendiri.. tapi nak tunggu elok sendiri tu makan masa gak la.. masa tu pantang minum ais la kononnya nak cepat elok, tapi masih sama.. 



Letak jugak status kat FB.. mintak petua untuk hilangkan rasa selsema & hidung tersumbat.. dah try semua tips.. aku nak sarankan kat sesiapa yang ada masalah selsema atau hidung tersumbat tu, trylah petua2 kat atas tu.. semuanya dapat redakan selsema.. cuma cepat atau lambat jer la..

Sememangnya vicks adalah terbaik!! rasa sangat2 selesa.. sapu dekat dada dan belakang badan.. boleh jugak sapu kat tapak kaki dan lepas tu pakai stokin.. nyaman jer rasa.. so, pastikan vicks ni sentiasa ada kat rumah.. banyak manfaatnya bila selsema ni..


Kalau sesiapa yang rajin, cuba letak vicks atau bam kemudian campur dengan air panas/air suam.. masuk dalam bekas kemudian cuba bernafas dekat bekas tu.. selubung atau tutup sikit dengan tuala macam gambar kat atas tu.. tu petua yang Nana bagi kat FB.. lega jugaklah.. dapat tido lena jugaklah.. 

Ramai yang sarankan minum air suam.. ada jugak yang sarankan minum air lemon yang dicampurkan dengan madu.. yang ni lepas minum beberapa cawan, memang rasa kurang selsema tu.. kalau nak minum madu sahaja pun boleh.. 

Part minum air lee chee kang tu elok gak sebab ada antara bahan2 dalam tu yang membantu untuk penyakit selsema, cumanya jangan minum air tu dengan ais ok! nanti elok2 dah nak pulih, jadi selsema balik pulak..

Takpelah, sakit ni kan tanda kasih dari Yang Maha Esa.. then sekarang ni aku cuba amalkan sekali makan Vitamin C dan Garlic daripada Shaklee.. kalau selalu sehari sebiji je, tapi bila selsema teruk ni aku ambik 4 biji Vit C dan 2 biji Garlic.. alhamdulillah, nampaknya makin cepat beransur pulih.. 

nota cinta : ada tips lain yang dikongsikan? sharing is caring :)

Photobucket

15 comments:

  1. moga cepat sembuh ye...

    zana..akak dah gila popia uniten...hari2 mau....

    ReplyDelete
  2. vicks mmg elok utk selsema..hehe..

    ReplyDelete
  3. kalo hidung tersumbat belah kanan, ngiring belah kiri, hehehe..tapi kejap je laa... pas tu nnt tersumbat balik... makan bitamin C! moga cepat baik selesema ye zana...

    ReplyDelete
  4. ala siannya... eka salu leta vicks je pun.tp ada satu lagi petua kalu sumbat waktu tido,eka salu wat camni.kalu belah kanan yg sumbat, eka akan tido sisi kiri..begitulah sebaliknyaaa...err canne ye nak ckp.dia kene demo senang sket

    ReplyDelete
  5. xde vicks, Balm pon jadi..rase sjuk je lubang hudung...hehe

    ReplyDelete
  6. Kalau selsema, biasanya I letak Vicks kat dada dan belakang badan. Pastu sapu kat tapak kaki dan pakai stokin. Take care

    ReplyDelete
  7. Vicks @ dada, belakang badan& tapak kaki. Pakai stokin. Take care.

    ReplyDelete
  8. sama lah kita zana! i selesema jgk cuma baru 2 hri lah

    ReplyDelete
  9. baru je sembuh dari selesema...petua Nana Aris dlm FB tu mmg b'kesan..buat petua tulah yg selesema hilang terus ni..plus mkn ubat klinik yg ngantuk tahap gaban tu :p

    ReplyDelete
  10. Rendam tak hidung dalam baldi? hihihihihi

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum...maaf nak tanya...ada masalah lagi ke dengan hidung tersumbat? saya suka nak tahu sebab saya sedang buat kajian tentang hidung ter sumbat...

    ReplyDelete
  12. bagus tips ni...sy kadang2 kalau selesema akan terjun laut. Sbb nnt masa mandi, semua bendalir dari hidung keluar...

    ReplyDelete

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..