Thursday, September 8, 2011

Pagi Syawal 2011

Pagi Syawal tahun ni sangat meriah.. dah lama rasanya x dapat rasa suasana meriah macam ni.. syukur Alhamdulillah sebab pagi Syawal tu semua adik beradik dapat kumpul sama.. bukan senang nak kumpul 5 beradik semuanya.. maklumlah, bila dah kahwin ni masing2 kena bergilir2 balik beraya..

Lepas balik dari sembahyang raya, aku pun setting la kamera untuk bergambar.. abah request ambik gambar kat luar rumah sebab kalau dalam rumah sesak sangat.. 24 orang kan, so takut ada yang tersepit lak dalam gambar..


Rumah abah & mak tu berbukit, so aku setting la kamera atas bukit sebab nak bagi jelas gambar tu.. bila dah setting, berlari la aku dari atas bukit tu sebab takut gambar aku x masuk lak.. dengan heel 3 inci, pakai baju kurung moden, korang leh bayangkan x aku berlari2 dari atas bukit tu.. yang lagi 23 orang boleh pulak gelakkan aku berlari.. huh!


Nasib baik aku sempat masuk dalam gambar.. semua pun puas hati dengan gambar ni.. kalau x puas hati pun, diaorang tetap kena kata puas hati sebab takut jurugambar (aku lah tu) bebel panjang.. hahahahaha..

Kak Long, Abg Kasim, Intan, Haziq & Iman
Daripada 5 beradik tu, kakak sulung aku pastinya akan beraya kat rumah abah & mak setiap pagi Syawal sebab abang ipar aku anak yatim piatu so setiap kali Syawal memang akan beraya rumah abah & mak.. 

Kak Ngah, Abg Hafiz, Ifran, Iqmal & Imad
Kak ngah aku pulak memang susah nak dapat cuti raya.. keje kat Genting Highlands tu memang payah nak dapat cuti lagi2 waktu raya..tahun ni dia dapat cuti setelah 4 tahun x dapat cuti raya..

Kak Uda, Abg Abu, Mamat, Iqa, Iskandar, Dayat & Hafis
 Kak uda aku memang tahun ni giliran dia raya kat rumah abah & mak.. yang buat makin meriah sebab anak2 kak uda lah.. mana x meriahnya, 5 orang anak uda memang aktif & lincah.. kitaorang kalau nampak anak kak uda jatuh, buat macam x kisah sangat sebab diaorang tu tahan lasak.. diaorang jatuh tergolek pun boleh gelak2 lagi.. huhuhu

Kak Im, Abg Zahrul & Aqil
Akak aku yang nombor 4 pulak memang x ada masalah nak beraya mana dulu sebab jarak rumah mak mertua dia & rumah abah mak terlalu dekat, belakang rumah jer..

Zana & Encik Adiey
Aku pulak tahun ni memang giliran beraya kat rumah abah & mak.. anak buah bertambah happy lah sebabnya pak cu diaorang ada kan.. pak cu gemar melayan, so bertambah manjalah budak2 tu semua.. siap perli kata, "mak cu ni garanglah! pak cu x garang pun, baik jer, x bebel2 macam mak cu.." sentap jer dengar kan.. 


Abah & Mak
 Abah & mak memang happy sangat bila semua anak, menantu & cucu dapat kumpul sama2 pagi Syawal tu.. syukur Ya Allah di atas kebahagiaan ini.. semoga keluarga besar kami akan terus bahagia hendaknya..

So tahun ni dapat berkumpul lengkap bersama abah & mak, 5 adik beradik, 5 menantu & 12 cucu.. 


MERIAH!!!

18 comments:

  1. wah! meriahnyeee.. MERDEKA RAYA! cayalah!
    erm, gambaq kak zana ngan suami tu, tahun ni berdua je.. maybe raya tahun depan dah bertiga kowt? HEHE


    MySuaraBlog: Syabas Malaysia!

    ReplyDelete
  2. wah2 dikk semua ada ..
    meriah suasana raya dan merdeka terserlah dirumah mak adik lahhh
    semangat ! :)

    ReplyDelete
  3. selamat hari raya..samo nogori ek?kek mano kampung tu?

    ReplyDelete
  4. seronokkan semua ada dan dapat berkumpul sama..meriah yg x terhingga..hepi je...

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah...mmg hepi family..

    oo, jadinya zana ni semua adik beradik pompuan la yer...

    ReplyDelete
  6. salam zana ..bestnya dapat bergambar beramai2 camni..

    ReplyDelete
  7. meriahnya..

    masa berkumpul ramai2 camnilah perkara paling best~ bukan senang nk kumpul camni...

    selamat raya lagi!! :)

    ReplyDelete
  8. ya..meriahnya raya akak....ciap bawa kuar kusyen lagi....

    sakan akak beraya...hehe...suka ja tgk..hehe...

    ila datang beraya neh..nak kueh raya...heheh

    ReplyDelete
  9. sukanya keluarga meriah mcm ni...semngat raya berkobar2 cmni tau! hehe

    ReplyDelete
  10. suka tgk pic2 ni, mmg meriah sgt2...sib baik x tergolek pakai heel :)

    ReplyDelete
  11. meriahnya rumah zana...banyak gile bendera...

    ReplyDelete
  12. ramainya..mesti riuh rumah kn..tema baju raya zana samalah ek ngankita..hihihi..

    mak abah you merah ang2 lah yang..cantikkk

    ReplyDelete
  13. Waaahh .. besnyeee.. MERIAH sungguh .. Kita takde gambo Raya sbb tak amik langsung .. huhuuu

    ReplyDelete
  14. wahh adik beradik semua gegurl . kalo pompuan sumer mmg kecoh kan..hehe meriah !

    ReplyDelete

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..

Selamat Datang 2016

Assalamualaikum.. Selamat datang 2016.. Semoga tahun 2016 ni akan membawa lebih banyak berita gembira buat kita semua.. 5 bulan menyep...