Cakap pasal rumah, hari ni aku nak kongsi lagi tentang tips penjagaan rumah.. sebab bagi aku rumah merupakan tempat yang paling selesa untuk kita.. tips ni lebih kepada isteri yang berkerjaya.. isteri yang bekerja selalunya susah nak dapat masa yang berkualiti untuk kemas rumah pada hari bekerja.. tapi sebenarnya, kita boleh jadikan hari bekerja tu sebagai hari mengemas jugak.. nak tau caranya, jom baca tips dari mengemasrumah.blogspot ni ;
Ramai yang enggan atau kurang selesa mengemas sewaktu hari2 biasa. Biasanya, tugasan menyapu, mengemas dapur, mengemop dan melipat baju ditangguh sehingga hujung minggu. Jadi, di hujung minggu, kita dibebankan dengan kerja2 mengemas yang terkumpul. Habis masa sepanjang hari Sabtu dan Ahad dengan tugasan mengemas dan membersihkan rumah.
Di hujung minggu kita sering membasuh, melipat dan menggosok segunung baju. Kita juga bertungkus lumus menyedut sampah dan mengemop lantai keseluruhan rumah. Sudahnya, kita keletihan di hujung minggu dan tiada masa berehat. Sedar2, sudah kembali ke hari Isnin sebelum kita sempat menarik nafas.
Sebenarnya, untuk mengekalkan kebersihan rumah, kita tidak perlu bertangguh sehingga hujung minggu. Apa yang boleh kita lakukan adalah mengemas rumah apabila ada kesempatan. Jadi, setiap hari, kita sapu sedikit ruang dalam rumah kita. Esok kita mengemas dapur pula. Lusa kita mencuci bilik air sambil mandi. Yang penting, kita melakukan sedikit setiap hari agar di hari minggu kita tidak tenggelam dalam kesibukan mengemas.
Untuk itu kita mungkin perlu mencipta jadual yang sesuai untuk kita. Setiap hari, yang wajib adalah penyediaan makan, membuang sampah dan menguruskan kain baju. Jadual contoh untuk aktiviti lain:
Isnin: Mengemas ruang tamu dan vakum
Selasa: Mengemas dapur dan mop
Rabu : Menyimpan lipatan kain baju
Khamis : Mengemas bilik2 dan vakum
Jumaat: mengemas ruang tamu dan vakum (mungkin ada tamu bertandang besok!)
Ini adalah cadangan semata2. Setiap individu mempunyai jadual kerja dan saiz famili yang berbeza.
p/s: Semoga kita semua dapat buat jadual mengemas rumah dengan baik yang sesuai dengan situasi kita & semoga kita juga dapat disiplinkan diri untuk follow jadual tu..
Kakak buat semua setiap hari cuma bahagikan kerja dgn semua ahli dlm rumah... So kalau sabtu/ahad tak buat mop dan mengemas sebab jenjalan dah tak apa...
ReplyDeletehe3x...nor mmg suke wat keje wikend t'utama lipat baju,lipat skit2...rmh sapu time mlm lps blk keje...nk vakum tggu wikend la,kang bising plak jiran ats bwh...he3x...
ReplyDeletekemas bilik aku bleh? hehehe
ReplyDeleteakak ikut rajin je. kalo rajin,balik keja pun bleh mengemas.
ReplyDeletekalo tak rajin, ari minggu pun silang kaki duk online sepanjang ari. Miahahah.
Sy suke..huhu
Deletesuka la tips ni, sebab weekend jela masa untuk rehat kan, lagi bagus setelkan weekdays:)
ReplyDeletehurmm..
ReplyDeleteni susah lah! rasanyan ikut perasaan je nak kems ke tak. tapi dah kerja tu jadi malas tu besarrrr sangat. hehe
setiap hari buat keje yang sama
ReplyDeletecuma basuh baju selang dua hari
maklum, berdua je
ai pantang umh bersepah
hehehe
bagun info ne zana..tq...kak ita mengemas setiap hari..basuh baju dan lipat baju biasa hubby membantu..ari minggu..bawa anak jejalan...ahad pula ikut turn seterika baju keja seminggu..dan baju sekolah anak sekali....bila raya aje lah agak teruk sikit mengemasnya..biasanya buat seperti biasa
ReplyDeletelagik cian pada para isteri yang berkeja lain umah keja lain plak menanti...so tiada istilah cuti la
ReplyDeleteindah nya kehidupan seorang isterinya...bila la agknya saya nk lalui saat2 camni..:(
ReplyDeletepatutlah bila cuti rasa mcm byk je keje nk buat..sbbnye suka tangguh..haha..oke lepas nie nk buat cmtue lah..
ReplyDeletewah bestnya dpt byk tips psl kemas rumah dr blog ni. pasni blog mengemas rumah wajib jd tatapan harian. blh tambah motivasi bila bdn letih dan penyakit M bertandang.
ReplyDeleteslm kenal~