Friday, September 23, 2011

Bonus Lumayan @ Kenaikan Gaji

Syukur sekiranya ada rezeki untuk merasa salah satu daripanya..

Bajet 2012: Najib kaji bonus lumayan atau naik gaji sektor awam

KUALA LUMPUR, 22 Sept — Datuk Seri Najib Razak sedang mempertimbangkan bonus lumayan atau kenaikan gaji bagi 1.3 juta kakitangan kerajaan — bakal diumumkan menerusi Bajet 2012 untuk menangani kenaikan kos sara hidup dan juga menjamin sokongan tenaga kerja sektor awam pada pilihan raya umum ke-13.

The Malaysian Insider difahamkan perdana menteri telah meminta Kementerian Kewangan agar mengkaji kos kedua-dua opsyen itu. Langkah itu mirip pendekatan diambil bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2007, setahun sebelum menjelang pilihan raya umum ke-12. Ketika itu Abdullah mengumumkan kenaikan gaji bagi 1.02 juta kakitangan awam sehingga 35 peratus dan menaikkan kadar bantuan sara hidup sebanyak 100 peratus.

“Najib sedang mempertimbangkan bonus satu bulan setengah untuk dibayar akhir tahun ini atau menaikkan gaji apabila mengumumkan Bajet 2012. Ia bajet menggunakan segala wang yang ada,” kata satu sumber kepada The Malaysian Insider.

Najib (gambar) yang juga Menteri Kewangan akan membentangkan Bajet 2012 pada 7 Oktober ini. Bulan lalu, kerajaan membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam. Kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

Perdana Menteri berkata, kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Aidilfitri. Ia melibatkan kerajaan kos RM2 bilion.

Kakitangan awam lazimnya dilihat sebagai asas sokongan bagi Barisan Nasional (BN) tetapi perikatan itu berhadapan dengan prestasi buruk pada Mac 2008 meskipun Abdullah mencatatkan penguasaan 91 peratus kerusi di Parlimen.

Najib berusaha untuk keluar daripada situasi 2008 dengan mengumumkan beberapa pembaharuan termasuk mahu memansuhkan beberapa undang-undang termasuk Akta Keselamatan Dalam Negeri sebagaimana diumumkan Khamis lalu.

“Perdana Menteri perlu mengatasi isu-isu asas termasuk ekonomi. Bajet akan mengatasi isu sara hodup selepas pemotongan subsidi baru-baru,” kata satu lagi sumber kepada The Malaysian Insider.

Baru-baru ini Cuepacs, kesatuan sekerja induk sektor awam, menuntut bonus dua bulan. 


Semoga ada berita gembira pada 7 Oktober nanti.. sama2 kita nanti..
P/S: Kalau diberi pilihan, sememangnya anjakan kenaikan gaji yang lebih aku harapkan.. korang pulak?

19 comments:

  1. anum nak bonus dgn kenaikan gaji

    ReplyDelete
  2. anjakan gaji lor. tiap2 bulan boleh rasa.. kalau bonus.. sekali je betul tak? heheh ^~

    ReplyDelete
  3. same la zana..better kenaikan gaji kan..kalo dapat bonus, bile abis, abis la..

    ReplyDelete
  4. Ida pun suka anjakan gaji... dapat tiap tiap bulan... Kalau bonus, sekali je.. Tak best !!

    *Yang berharap..amin....*

    ReplyDelete
  5. Kakak yg kerja swasta nie siapalah nak bagi ye?...

    ReplyDelete
  6. harap2 gaji naik la... bonus sekejap je dah abes nanti :)

    ReplyDelete
  7. rata2 sume sokong anjakan gaji..bonus aje xcukup. xleh lawan ngn naik gaji even naik hanya rm50 ;)

    ReplyDelete
  8. orang yang koje gomen mmg tiap tahun lah haiiii senyum lebar! nak jeles ni... hehehehe

    ReplyDelete
  9. bagi chinta baik kenaikan gaji...kalau bonus sehari pun ley hbis kan...

    ReplyDelete
  10. bagi chinta baik kenaikan gaji...kalau bonus sehari pun ley hbis kan...

    ReplyDelete
  11. btol²...nak naik gaji..lebih maveles..hihi..klau nk bg dua² kami terima dgn hati yg terbukaaaaaa....lalalala =)

    ReplyDelete
  12. D pon harap kenaikan gaji tuk hubby D...

    kalau utk D, takde efek pon..org tak keje...heheeh

    ReplyDelete
  13. kalu dapat ke2 alhamdulilah syukur sesanggat ..harap kenaikan gaji..dapat dan dibawa..kalu bonos..dapat sekali abis lah..apa2 pun zana semoga ada berita yg best untuk semua penjawat awam...amin...he..he boleh lah tambah anak lagi ne.he..he...tahun depat....

    ReplyDelete
  14. klu nk bg 2-2,nor tadahkan je akaun bank tue...tp klu diberi pilihan nak naik gaji...every year confirm dpt...he3x...tp jgn ble dh bg naik gaji then certain2 thn xdpt bonus bising plak...he3x...=p

    ReplyDelete
  15. wah mesti seronok semua org ni heheheh

    ReplyDelete
  16. syoknyer org yg keja gomen ni...ai tumpang hepi if uols semua di naikkan gaji

    ReplyDelete
  17. aku nak harga minyak rm0.50, ron97 ye..

    boleh? hehehe

    ReplyDelete
  18. kalau boleh nak dua2..hahaha tapi lebih baik anjakan gaji lah.sebab bonus dpt sekejap je terus habis..hehee

    ReplyDelete
  19. nak dua2 la...ehhehe...melampau kan..tp kalu kene pilih salah satu...baik anjakan gaji kot

    ReplyDelete

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..