Thursday, September 29, 2011

Suami Didahulukan, Pencapaian Diutamakan

"abang kat mana?"

"abang ada kat dalam hati anje..."

So sweet la dialog ni!! 

Semalam kan aku dating kat panggung wayang dengan encik suami.. maklumlah, dah lama x tengok wayang sama2.. last tengok wayang bulan 6 hari tu, so maknanya dah 3 bulan x dating panggung wayang.. 

Semalam kitaorang tengok filem 'Bini-Biniku Gangster' (BBG).. penuh panggung!! maklumlah baru seminggu jer filem ni keluar kan.. so masih macam goreng pisang panas..

Keseluruhannya, aku puas hati tengok filem ni.. rasa macam x rugi membayar tiket wayang untuk filem ni.. kalau dah 1 panggung wayang pun sakan gelak sepanjang cerita ni, x kan la aku nak kata filem ni x best kan??

Paling aku suka dalam cerita ni, sebab banyak dialog yang best & romantik.. hihihi.. sweet habis la bila part Shaheizy Sam & Yana Samsudin berlakon.. adegan diaorang sebagai suami isteri memang harus dipuji.. plus, ada beberapa adegan diaorang yang boleh dijadikan contoh untuk suami isteri di luar ni.. mana x nya, balik dari tengok filem ni, aku & encik suami pun dah tiru gaya percakapan Sam & Yana tu.. hihihi.. cepat betul kitaorang terpengaruh kan..

Part Yana & Intan Ladyana bergaduh lepas jadi madu pun menarik! Dari situ nampak yang diaorang sentiasa nak jaga hati suami diaorang walaupun sebenarnya diaorang ni musuh.. kiranya diaorang amalkan konsep 'suami didahukukan, pencapaian diutamakan'..

Part bergaduh dalam filem ni pun best.. seronok jer tengok Yana tu bergaduh dengan pakai skirt hitam, & jaket merah dia.. walaupun ganas kat luar rumah, tapi dalam rumah dia tetap ayu.. pakai baju & apron pink lagi!!

saya bukan gangster.. hihihi..

Walaupun filem ni ada unsur2 ganas cikit, tapi unsur2 kekeluargaan pun banyak ditekankan.. kiranya filem ni bukan sahaja kelakar & ganas, tapi ada jugak berkenaan kasih sayang & pengorbanan dalam perhubungan.. pakej lengkap kan??

Filem ni lebih santai.. so x perlukan korang perah otak untuk faham jalan cerita ni.. pasangan suami isteri digalakkan menonton untuk mendapatkan feel yang lebih.. hihihi.. 

Keseluruhannya, cerita ni MENARIK & TERBAIK!

15 comments:

  1. sam ngan yana tu secocok jadi kapel

    ReplyDelete
  2. mama yg konon2 tak berapa layan citer melayu pun..suka tgk citer ni..

    suka lakonan yana..makin baguss.. :)

    ReplyDelete
  3. x tgk lagik hikhik
    versi taiwan and korea dah tgk

    ReplyDelete
  4. WOW !!Blog baruuuu !! *sweet!*

    Ida tak tengok lg, nk ajak hubby, die mane minat tengok citer melayu ni... Nnti nak paksa lah !! Nak feel jugak macam zana,.... hihihiihii

    ReplyDelete
  5. macam pernah ku dengar ayat ini... suami didahulukan pencapaian diutamakan... hah... bini2 ku gangster...

    ReplyDelete
  6. baru nk g tgk citer nie..
    besh eh?

    ReplyDelete
  7. yesss harus pergi weekend ni!!!! hiihhihihi :))

    ReplyDelete
  8. anum baru nak pergi tengok
    hehehe

    ReplyDelete
  9. beh ke cite ni..ada org kata xbest..hehe..:P

    ReplyDelete
  10. nak p tengok la..tp nak tgk gan en boyfie..hehehe

    ReplyDelete
  11. wah.. mcm best jer.. boleh la pi tengok nanti.. : )

    ReplyDelete
  12. nak g tgk jgk..tlg jagakan iman boleh?hihi

    ReplyDelete
  13. tgk preview mcm best tp confirm sband xmo tgk film ni. saborrrr jelah :(

    ReplyDelete

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..