Rambut adalah mahkota wanita.. penting untuk menjaga kesihatan dan kecantikan rambut terutamanya bagi wanita bertudung.. rambut yang diperap terlalu lama perlu diberi perhatian lebih yer.. jangan ingat pakai tudung tak perlu jaga kesihatan rambut.. nanti boleh buat rambut cepat berbau dan berkelemumur kalau tak dijaga dengan baik.. so kali ni jom kita cerita tentang tips penjagaan rambut..
1) Basahkan rambut terlebih dahulu sebaiknya menggunakan air suam untuk membuka kutikel-kutikel rambut.
2) Tuangkan syampu lebih kurang 1 sudu makan ke tapak tangan anda dan gosok menggunakan kedua-dua belah tangan, kemudian barulah digosokkan perlahan-lahan pada rambut. Usap hingga ke kulit kepala untuk menanggalkan sel-sel kulit mati. Jika tidak inilah yang akan menyumbang pada kelemumur. Elakkan menyental bahagian hujung rambut. Tidak perlu untuk menaikkan semua rambut anda ke atas kepala kerana ini akan menyebabkan rambut kusut.
3) Bilas rambut dengan sempurna iaitu dengan sebersih-bersihnya.
4) Untuk mengeluarkan lebihan air pada rambut anda, lurutkan perlahan-lahan dan tekan rambut anda. Tetapi jangan pula mengasari atau menarik-narik rambut anda kerana rambut amat lembut di dalam keadaan basah.
5) Setelah mengeluarkan lebihan air pada rembut, inilah masanya untuk mengenakan conditioner. Sapukan conditioner ke seluruh rambut anda dan lebihkan pada bahagian hujung rambut. Pastikan sapuan keseluruh bahagian rambut kemudian tutup rambut menggunakan shower cap dan biarkan selama lebih kurang 10 minit.
6) Bilas rambut sebersih-bersihnya. Langkah ini amat penting agar tidak berlaku iritasi pada kulit kepala. Sebaiknya bilasan terakhir menggunakan air sejuk kerana ini akan menutup kembali kutikel rambut anda semula di samping memberi efek rambut yang bersinar.
7) Seminggu sekali gunakan hair treatment yang sesuai untuk rambut anda.
- Sebenarnya rambut tidak perlu memakai leave on moisturizer kerana ini akan menyebabkan rambut melekit dan membawa kepada kerosakan.
- Lebih baik menggunakan serum rambut yang dapat menyuhatkan rambut dan membuatkan rambut lebih bersinar.
- Jangan sesekali meninggalkan perapi (conditioner ) setiap kali bersyampu.
- Biarkan rambut anda kering sendiri lebih baik dari menggunakan hair dryer jika anda tidak sibuk.
- Sikat rambut sebelum mula bersyampu membuatkan rambut lebih senang diurus dan mengelakkan rambut kusut ketika bersyampu yang mana boleh mengundang pada kerosakan.
Kalau kakaklah Zana janji guna syampu dah. Kakak guna yg 2+1 dah ada conditioner sekali. Tak rajin nak mengulek rambutlah. Masalah kakak rambut mudah gugur...
ReplyDeletekakzakie, org kata x berapa elok kalau guna yg 2 in 1 (syampoo & conditioner).. tapi depends jenis rambut gak la..
ReplyDeletezana pun ada mslh rmbut gugur.. but lepas guna syampoo Himalaya, mslh tu dah berkurangan.. kalau ada masa nnti zana up entry ttg syampoo Himalaya tu yer..
anum memang x pernah tinggalkan conditioner bila bersyampoo
ReplyDeleteanum, bagus kalau mcm tu.. sbb conditioner ni dpt bantu untuk rambut lebih lembut & mudah diurus..
ReplyDeletekurang pakai conditioner.. sbb rambut cpt berminyak plk klu pakai conditioner :(
ReplyDeletesy gunting pendek jer, senang..syampoo pon tak amik masa lama..hehehe
ReplyDeleteohhh..1 sudu mkn je ker? kita beria buh lbh krg 1 tapak tgn..ahhahaha.. patut lar syampu kerap kena beli.. =.='
ReplyDeleteLiyana, mmg ada rambut yg x sesuai pakai conditioner.. depends jenis rambut la jugak kan..
ReplyDeleteikatankasihku, zana kalau syampoo rambut mmg lama.. hihihi.. zana ni x boleh kalau sehari x syampoo.. nnti rambut zana kusut..
ReplyDeletecik bambam, zana pun selalu jer letak syampoo banyak2.. tapi sebenarnya kalau cikit pun ok, yg penting cuci kena bersih la kan..
ReplyDeleteAlamak.. Nita memang dah berzaman tak pakai conditioner tuhhh! Banyak tips2 yang macam ambik masa, kena mandi lama2.. ouh tidakkk~ memang tak sempat..
ReplyDeleteamboih u...harini basah rambut eh?kahhhkahhhhhhhhhkahhhhhhhhhh
ReplyDeletecik anita, nape x nak pakai conditioner? kalau x nak pakai selalu, atleast seminggu sekali ke..kalau utk mandi pagi mmg x smpt, tp petang sempat kan..
ReplyDeleteCTM, motif??? hahahahahaha.. nk jawab no komen boleh x? hihihi
ReplyDeleteaku slalu cuci rmbt sbb tak nak rmbt bau.
ReplyDeletenice tips..! i cuci rmbut everyday walaupun sbnarnya tak elok TAPI sehari tak cuci rasa TAK best..
ReplyDeletei SHURA =)