Tuesday, October 18, 2011

Nickname Di Blog

Hari ni nak cerita tentang nickname yang digunakan untuk blogging.. rata2 antara kita semua lebih menggunakan nickname untuk blogging kan.. jarang gunakan nama sebenar kan?

Bagi aku, nickname dalam blog ni memainkan peranan yang besar gak.. sebab bukan semua blogger boleh ingat nama blog kita kan.. so if kita guna nickname yang unik, menarik & ringkas, mungkin peluang untuk blogger ingat blog kita tu lebih mudah..lain la kalau blogger tu dah memang popular.. panjang atau susah macam mana pun gerenti kita senang ingat kan..

Secara peribadi, aku lebih mudah ingat nama blog yang unik & ringkas.. kalau nama blog yang payah aku nak sebut atau panjang sangat, maka lambat cikit la aku nak ingat.. hihihi.. bukan x ingat tau, tapi lambat ingat..

Nickname yang aku guna untuk blogging & FB memang sama..

 ADIEYZA

Mungkin ramai yang dekat blog ni dah tau (mungkin ramai jugak yang tak tau), ADIEYZA tu adalah nama gabungan antara nama encik adiey & nama aku sendiri, zana.. nickname ni memang aku cipta masa awal2 kitaorang kenal 10 tahun yang lepas.. dah jadi serasi sangat dengan jiwa aku sekarang ni..


Member yang kenal secara realiti pun kebanyakannya tau nickname ADIEYZA ni.. kalau ada yang tanya "zana mana?" mesti ada yang jawab; "zana ADIEYZA la.."


Dalam blogging kebanyakan kita lebih selesa panggil nickname kita kan.. kebanyakannya jugak x tau nama sebenar blogger tu.. so nampak kan petingnya nickname dalam blogging tu..  bukan x boleh guna nama sebenar, tapi rasanya untuk buat orang lebih ingat blog kita, better guna nickname kot (pandangan peribadi aku).. apaun, terpulang pada individu tu sendiri kan.. ramai jer blogger yang guna nama penuh dalam dunia blog dan orang masih boleh ingat blog tu kan..


Setakat mana kekuatan nickname ADIEYZA ni dalam dunia blog, aku belum pasti.. maklumlah, blog ni hanyalah blog picisan.. so mungkin nickname ADIEYZA tu masih terlalu asing didengar kan.. tapi setakat ni blogger yang first time jumpa atau komen aku akan panggil aku ADIEYZA dulu.. then bila dah mulakan perbualan atau komen2, barulah panggil aku Zana..

Setakat ni aku lebih suka gunakan nickname ADIEYZA sebab aku dah selesa sangat dengan nickname tu.. mungkin kalau orang sebut ADIEYZA tu secara automatik diaorang akan ingat aku & encik adiey sekaligus kan! pakej 2 in 1 namanya.. hihihihi..


Cuba bagitau pendapat korang tentang nickname ADIEYZA boleh? ok ke nickname aku tu? senang ke korang nak ingat nickname aku ni yer? hihihi.. budget popular lak nak tanya orang ingat ke x nickname aku kan..nickname korang dalam blog macamne pulak? dari mana datangnya idea korang nak guna nickname tu untuk blogging?

P/S : Kalau nak tau tentang tips atau panduan berkenaan nickname ni, mungkin korang boleh cuba terjah blog blogger hebat, Eyriqazz.com.. ada tips menarik tentang nickname yang Eyriqazz kongsikan untuk kita semua.. mungkin dari situ ada tips yang boleh kita gunakan untuk pastikan blog kita lebih mudah diingati kan?



Photobucket

18 comments:

  1. okey nama Adieyza tu - simple dan mudah igt gak.
    Kalo nak tau glamer ke tak, sila taip kat google search ADIE - lps tu kuar apa yg nombor satu kat bawah2 tu.
    Kalo mmg yg first trus dia ke ADIEYZA, ha..mmg glamer dah tu. Hihiksss.

    ReplyDelete
  2. sy plk lbh suka guna nama sebenar. klu guna nickname, asik nk tukar2 je nanti..hehehe

    ReplyDelete
  3. Semuanya terpulang pada diri masing-masing. Kalau kakak dah biasa dlm family membahaskan diri "Kakak" walau yg dah berusia pun tetap panggil kakak juga so macam dah biasa....

    ReplyDelete
  4. Tau nickname blog u adieyza, tapi lagi selesa panggil u zana sbb bila nak panggil adieyza terus terbayang muka zana & suami sekali. haha. =p

    ReplyDelete
  5. baru tau mksud nama adieyza tu..
    heee..
    tp boleh agak da..;p

    psss : bila nak dpt bby?hee

    ReplyDelete
  6. nickname saya... seperti yg tertera la.. but banyak rakan blogger just panggil Queen ajer... :) actually nickname ni dah lama digunakan sebelum menjinakkan diri dlm dunia blogging lagi nickname ni dah pun digunakan... :)

    ReplyDelete
  7. niezzareena tu pun nama gabungan ai dan hubby

    ReplyDelete
  8. dah terbiasa kenal n tau,
    adieyza::Adieyza: Adieyza::

    tak pandai nak panggil kamu Zana..=))

    ReplyDelete
  9. blog akk ni mmng senng di igti sb nama nye pendek dan ringkas serta padat..ayu juga harap blog ayu mcm tu jua satu hari nnt

    ReplyDelete
  10. OK LA NI NICNME NI. UNIK SIKIT . tapi kite igt name sis zana . hihihih ;)

    ReplyDelete
  11. eh rasa cam dah komen.hilang mana tah

    ReplyDelete
  12. ok je kot..unik je nie nama sis..ifa ingat aje..hehe..

    ReplyDelete
  13. letak nama pinky momma..sebab kalau masuk blog pun dah tau sawan kaler aper kan huhu..

    ReplyDelete
  14. letak nama Mama Gee...
    mama = sebab dh jadi ibu
    gee = nama panggilan

    simple jek.. :)

    ReplyDelete

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..