Review Qalesya Spa di Bangi
Semalam aku ada update tentang kenangan pergi MotoGP kan.. balik dari sana, kaki aku sakit sangat2! rasa nak tercabut kaki ni tau!!! so semalam, aku try la google tentang khidmat urutan kaki sekitar Putrajaya dan Bangi.. lepas penat menggoogle, aku jumpa la 1 blog spa ni.. Qalesya Spa yang terletak di Bangi..
Qalesya Spa Beauty & Healthy
Spa ni baru bukak 2 minggu lepas.. memang baru sangat! masa tengok harga yang ditawarkan, terus rasa teruja nak pergi.. harga memang berpatutan! so terus telefon Qalesya Spa untuk booking urutan kaki petang semalam..
Balik kerja, encik adiey terus hantar ke spa tu.. masa sampai jer, layanan dari staff memang mesra.. ditambah dengan alunan muzik yang tenang, hilang kejap rasa sakit kaki tu.. hihihi..
Semalam aku just ambik pakej untuk urutan kaki.. masa kena urut tu, rasa macam lega cikit sakit2 tu.. minyak yang digunakan untuk urut tu pun best, based on Lavender.. sedapnya kaki ni bila kena urut..
Since spa ni baru buka, so aku dapat free gift mug sebab jadi antara pelanggan terawal yang datang ke spa tu.. syok kan! urut kaki dapat, free gift pun dapat..
Banyak sebenarnya perkhidmatan & pakej yang ada kat spa ni.. kalau korang nak tau lebih lanjut, mungkin boleh bukak blog atau cari FB Qalesya Spa ni.. dekat situ korang boleh tau tentang pakej yang ada kat sana, nombor telefon untuk booking pun ada kat dalam blog tu jugak..
Aku pun baru pertama kali cuba, tu pun sekadar urutan kaki so x berani nak bagi testimoni lebih2.. tapi rasanya spa ni mampu bagi kepuasan kepada pelanggan berdasarkan harga, layanan & pakej yang ditawarkan..
So pada sesiapa yang tinggal dekat Bangi, Putrajaya, Kajang atau kawasan sekitarnya, boleh la cuba spa ni.. aku rasa, spa ni antara spa yang menawarkan harga berpatutan & khidmat yang memuaskan.. sekarang ni susah jugak nak jumpa spa yang masih menawarkan harga berpatutan terutamanya dekat kawasan bandar ni kan.. so bila ada spa yang tawarkan harga berpatutan, why not kita cuba kan..
p/s: ini bukan iklan berbayar.. review ni berdasarkan pandangan peribadi aku & sekadar berkongsi pengalaman dengan semua pembaca blog ni..
alamak ai. besnya urut kaki. hihi.
ReplyDeletekekda ada pakej spa kat MAD. Tp tatau bila tah nak peginye.
Nenati lah. 2 jam nyer pakej. Hikss
mesti rasa lega kaki berurut.. lama tak pegi berurut..
ReplyDeleterindu spa kat bali weh
ReplyDeletebestnya zana..tapi jauh lah pulak...mesti gelikan..kak ita ne geli gak kalu nak urut2 ne,,,
ReplyDeletenie mesti try nie :)
ReplyDeletexpernah p spa..hehe..
ReplyDeleteWahhh bestnye.. tp jauh sangat dr jb. hik hik
ReplyDeletekalau dekat Kuching bui suka pergi Tribal Remedy..urut seluruh badan hanya Rm50 utk sejam..mmg best..*_*
ReplyDeleteheaven ooo biler super tired lepak kat SPA, auwwww....price pow not bad x der la mahal mcm selalu...:D
ReplyDeleteowh..sy xpernh wat bnda cmni..
ReplyDeletekaki pon ada plat besi..huhu..
kang trcbut kuar..hehhe
bahagianyer rasa dpt memanjakan badan di spa ;)
ReplyDeleteperlu bagi reward utk diri sndiri kan..
mcm best jekk...murah pon murah..
ReplyDeletekat mana tempatnya ni zana?
ReplyDeleteqalesya spa? nie spa anak akak punye nih hehehe
ReplyDeletewah..untung la sis..hee
ReplyDeletebest kan if dapat manjakan diri, sebab sebagai wanita, kesihatan n kecantkan kite perlu dijaga :)
ReplyDeletefollow my blog ya, www.nurulfisa.blogspot.com
d aura spa kini membuka cawangan baru di spa bangi sek 9 bersebelahan ayamas.sila hubungi 0388616838 atau layari www.dauraspa.com untuk keterangan lanjut..
ReplyDeleteharga pakej pengantin kami sekarang ialah rm170, harap maklum. boleh hubungi 0122952374 atau whtsp 0142658339.
ReplyDelete