Selamat pagi semua!! Selamat bercuti untuk semua.. walaupun cuti sehari, tapi cukuplah untuk merehatkan badan dan luangkan masa bersama yang tersayang.. ramai jugak yang ambik cuti untuk esok & Jumaat.. yang plan nak bercuti dalam malaysia & luar malaysia pun ramai.. seronok kan!!!
Hari ni maybe just lepak2 kat rumah.. kemas rumah.. masak.. lepak2 manja bersama encik adiey.. mood nak keluar tu macam kurang sebab still sakit kaki.. penangan MotoGP yang x sudah2!! mencik!!
Cakap pasal kemas rumah, semalam masa sampai depan rumah waktu balik dari kerja, rasa nak marah jer dengan orang depan rumah aku tu.. boleh la pulak dia sapu sampah rumah dia then dia buang jer habuk2 tu menghala ke luar rumah dia.. luar rumah dia adalah depan pintu aku ok!!! hei, apasal la ko x buang jer habuk tu dalam tong sampah rumah ko?? rumah x de tong sampah ke apa??
Memang la aku marah sebab habuk tu dah nak sampai depan rumah aku.. yang buat aku x faham tu, kenapa dia sapu menghala ke luar rumah & biarkan jer habuk2 tu kat depan rumah dia.. dia boleh rasa selesa ke kalau nampak habuk2 penuh depan rumah dia?? aku bukak jer pitu rumah aku, dah boleh nampak kot habuk penuh kat depan rumah dia.. mata aku ni rasa sakit tau nampak habuk2 tu!!
Secara jujur aku cakap, aku x pernah bertegur dengan jiran depan rumah tu.. macam mana nak tegur, pintu rumah asyik bertutup jer (ni aku faham la sebab tinggal kat rumah tinggi2 memang jarang la nak bukak pintu kan), yang aku x faham tu bila nampak kita jer dia terus lari atau tutup pintu!! padahal kadang2 tu dia dah bukak pintu nak keluar rumah, then bila nampak kitaorang, dia sanggup masuk balik dalam rumah!
Dah la kejap aku nampak perempuan ramai2 masuk rumah tu, lepas tu kadang2 nampak lelaki masuk dengan perempuan, kadang2 minggu ni nampak muka lain, minggu depan muka lain lak.. kitaorang tau hal siapa keluar masuk tu sebab kitaorang pasang teropong pintu.. bukan nak bz body tapi dari situ jer kitaorang boleh tau sebab kalau kitaorang bukak pintu, gerenti xde yang akan keluar masuk rumah tu.. kalau sehari kitaorang bukak pintu, memang sehari lah x keluar la jiran aku tu..hahahaha.. x ke pelik tu?? agaknya dia memang takut nak jumpa orang kot kan.. hihihihi.. adakah muka kami ni garang sangat sampai dia takut nak jumpa kitaorang?? hahahahha..
Dengan jiran sebelah aku ok jer.. kiranya masih boleh bertegur sapa la.. ada jugaklah gie rumah dia kan.. tau jugak la dia keje mana & kampung kat mana.. selalu jugak la tukar2 makanan, sharing is caring la katakan..
Tapi orang depan rumah tu jer yang misteri sangat! korang rasa apa masalah orang depan rumah aku tu eh?
duduk masa berjiran kat mesia ai mmg ramah ngan semua jiran yang duduk depan blkng kiri kanan gituew....hahahaha friendly terlebey plak larikkkkkkkkkkkkk
ReplyDeleterumah org dah kawen ke bujang lagi ni dear....
ReplyDeletesalam zana..slmt bercuti!.Jiran india sebelah umah k.atie pon camtu gak..klu sapu sampah,semua sampah2 tu tolakkan ke pagar umah k.atie,ada plastik makanan ke..cucunya humban gak ke depan umah k.atie.gerammmm
ReplyDeleteNie time diwali ni..blh cucu dia main mercun depan umah k.atie(bkn kat laman umah dia!)...penuh sampah mercun tu kat laman diluar pagar tu,tadi dh k.atie sapu..ni main lagik!.Cuucunya yg bsr sapu sampah menghala ke laman k.atie.camna nk buat tu?hadoiiiiiiiii...
ker sebab rumah depan buat maksiat ? hi hihihi ;) jeng2 cepat terjahhhhhhhhhhhhhhhhh ;)
ReplyDeleteuntung gak depavali...leh gak cuti walaupun sehari kan hehe
ReplyDeletesy pun ade jiran yg pelik... duk umah ni dh hampir 2 thn, tp br jumpe sekali jer... sgt misterious... huhuhuhu...
ReplyDeletenapa pelik sangat jiran tu kak...lain macam ja neh....jenis xberkawan dgn org kot..ehheh
ReplyDeletebuat maksiat ke hape? tu yg takut+segan nak jumpa jiran...
ReplyDeleteLen pesennn je jiran depan uma tu??Mmmm tak risik2 ngan jiran sebelah uma???
ReplyDeleterasanya rumah depan tu bujang kot, pastu kawan2 rajinlak bertandang umah tu..dh mcm homestay
ReplyDeleteakk dh lama x cakap ngan jiran sblh umah, dia pula mmg pemes bab buang sampah. x ckp pon kes sampah la jg, leh pula dia letak sampah yg dh berulat2 tu dpn pintu. dh la umah kami sebelah2 jer..nk masuk umah kena lalu sampah berulat tu,sampai nk muntah, mmg kami laki bini naik angin la..jiran oh jiran
dah kawen ke blom jiran tue? klau zaza depan umah tangga so mmg xde problem..dgn jiran setingkat mmg xde masalah smua leh tegur..awal² dulu jer lah mcm buat hal masing² kan..sbb tue teringin nk umah teres..hehe
ReplyDeleteada gak manusia jenis mcm nih kan...
ReplyDeleteumah bujang eh. bebudak bujang camtu la kut. maleh nak campo org sgt. tp akak duk bujang sini dulu, makcik umah bawah kenai je. sbb mmg biasa dtg sini pun sblm duk sini. umah family abg kat sini. hikss
ReplyDelete